Saturday, April 19, 2014

resepi puding karamel tanpa telur




RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

 bahan A -- untuk buat karamel

  • 2 sb gula pasir


 bahan B -- untuk buat puding

  • 10g serbuk agar-agar
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 tin susu sejat cair
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 2 sb gula pasir (optional)
  • 3 sb tepung kastard
  • 1 st esen vanilla

 cara-cara ;
  1. dengan menggunakan api kecil, panaskan loyang dan masukkan bahan A.
  2. setelah gula cair keperangan, ratakan di keseluruhan loyang. tutup api. ketepikan.
  3. dengan menggunakan kuali atau periuk tidak lekat, masukkan semua bahan B.
  4. letak atas api sederhana, mesti dikacau sentiasa hingga sedikit pekat dan menggelegak.
  5. setelah menggelegak, tutup api dan tuangkan ke dalam loyang berisi gula hangus tadi.
  6. ketepikan seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  7. setelah puding sejuk, terbalikkan loyang, hidang!


kalau suka manis, tambahlah sb gula untuk buat karamel. macam aku tak suka manis aku buat karamel sikit ja, gula untuk buat puding pun aku tak letak. 


  • sb -- sudu besar
  • st -- sudu teh



sedapp. selamat mencuba 


Thanks for stopping by. Visit Ichigo's again soon.

Wednesday, April 09, 2014

tempahan edit blog dan gambar


good in photo editing and photoshop -- kriteria yang aku patut masukkan dalam resume. credit /// cute ribbon gift from glitter-graphic and hoyyess, photo is photoshop-ed before you start. let strangers wonder how fugly I am actually.

assalamu'alaikum. hai(!)

setelah lama membiarkan blog usang finally aku decide untuk kembali berblog. hah(!) excited tak? nope? tak hairan pun. sebab aku bukan retis. kau pun bukan retis jugak. aku tahu haha(!) entri lama semua sudah delete. mula lagi macam blog baru. kepada pembaca blog aku sejak dulu, I'm glad you guys are still reading my blog(!) *bow* *hujan love love*

bermula 9 april 2014, aku ambik tempahan:

 edit blog(:) 
(1) tajuk sidebar comel-comel.
(2) navigation icon comel-comel.
(3) ubah cursor comel-comel.
(4) letak background entri comel-comel.
(5) letak background blog comel-comel.
(6) letak icon comel di sebelah tajuk entri.
(7) buat tab menu yang comel-comel.
(8) buat newer, older, dan home icon comel-comel.
(9) buat blockquote comel-comel.
(10) buat comment box comel-comel. 
(11) kemas kan blog korang yang semak.

 edit gambar(:) 
(12) buat banner untuk blog comel-comel.
(13) watermark untuk gambar korang yang comel-comel.
(14) edit gambar korang jadi cun, flawless. (untuk letak kat header /// gambar profile gituu)

 lain-lain -- FREE
pertanyaan (tentang blog sahaja) /// tutorial coding /// panduan ber-blog //jom kenal-kenal? *winkwink*

harga
  • satu tempahan RM3
  • dua tempahan RM5
  • tiga tempahan RM8
  • empat tempahan RM10 dan begitulah seterusnya

contoh: korang tempah no (14), edit satu keping, RM3. tapi kalau dua keping, RM5. kalau still tak faham, tanya kat email atau facebook lah okay.

cara menempah
pm kat facebook  click /// atau email ernaziana@yahoo.com
  •       1. nama
  •       2. url blog atau gambar yang nak di edit
  •       3. apa dan macam mana kau nak -- nanti kita cerita panjang lebar

selepas bincang dan setuju nanti baru korang bagi email dan password blog korang kat aku okay. kita borak sempoi-sempoi, jangan formal sangat. segan lah kitee.

syarat-syarat
  • bagi memudahkan, list kan ciri-ciri yang korang nak awal-awal seperti kaler, font, bentuk, sediakan gambar kartun atau icon comel yang nak dijadikan sebagai detail, dan sebagainya.
  • penempah seorang yang memahami kalau aku lambat respon sebab aku pun manusia biasa ada benda lain jugak yang perlu dibuat, penyabar dan boleh bawa berbincang.
  • korang tidak perlu memberikan kredit terhadap hasil kerja aku kat blog korang. tak payahhh, maluuu.


pembayaran
  • bank in cimb /// 
  • atau top up (berikan nombor pin)


tempahan di buka 

Thanks for stopping by. Visit Ichigo's again soon.


 
Copyright // Design // By Nana Ichigo ®